Tuesday, 17 April 2012

Anda Rasa Diri Anda Sudah Cukup Matang?

Assalamualaikum...lama betul kita tak sembang bersama.Maklumlah sibuk sikit...takpe hari ini kita telah ditakdirkan oleh Allah taala untuk bertemu kembali.Sudah tentu rakan2 tertanya-tanya ada ke topik baru?Memang adapun Yang!
kita nak cerita pasal fikiran matang.Matang ni pada tafsiran orang memang banyak!Ada yang kata matang terjadi akibat perubahan fizikal seseorang budak yang meningkat dewasa.Ada jugak yang kata matang ni maksudnya dah pandai berdikari.Baru cakap ikut style orang tua pun dah kira matang.Hai macam2....
Berdasarkan pemikiran saya,istilah "Fikiran Matang"merangkumi seluruh aspek samada fizikal,mental dan spiritual.Fikiran matang sebenarnya terjadi melalui proses kehidupan sehariannya.Bermula dari pagi sehingga malam,ada sahaja benda yang kita buat.Bila dah pernah buat,mesti dapat pengalaman baru.Kemudian kita fikir tentang perkara yang kita buat tadi.Entah ada masalah ke tidak.Seharian punya kerja masih terbayang difikiran walaupun dah selesai.Bila timbul masalah cuba pulak selesaikan.Akhirnya wujudlah fikiran matang.
Selain itu,fikiran matang terhasil daripada pengalaman hidup masa lampau.Contohnya dulu hidup miskin bila dah senang lahir rasa nak tolong orang susah.Sebabnya dia dah lalui kesusahan hidup dahulu.Oleh sebab itulah lahirnya fikiran matang.Cuba kita fikir,kalau dah pernah rasa susah dulu,takkan nak biarkan orang miskin tu susah.Kematangan dapat ditunjukkan melalui tindakkannya.That's the point!Kalau sengaja nak kenakan orang miskin,sah fikirannya belum matang sepenuhnya.Nak kata bodoh macam mana boleh berjaya jadi senang!
Remaja sekarang ni,tak semua yang berfikiran matang.Buktinya...kenapa bila berlaku salah faham mesti nak touching sampai berlaku fizikal contact!cubalah berfikiran matang.Orang yang berfikiran matang kalau marah sekalipun akan berfikir panjang sebelum buat tindakan.Ada juga remaja yang muka nampak matang tapi perangai x menunjukkan kematangan dirinya.Yang muka macam adik2 ni lebih matang mengalahkan orang tua.
Inilah akibatnya apabila tak nak bergaul dengan orang yang lebih tua,sekurang-kurangnya perangai kebudak-budakan mampu dibuang daripada diri remaja.Orang boleh tahu lenggok remaja yg belum matang.Dari segi fizikal:cara berjalan,tiada keyakinan,setiap langkah mesti senget,body posture pun tak tegak(membongkok).Cara bercakap,setiap perkataan yang dikeluarkan takde point,lebih bual kosong daripada isi penting,dan cakap tak nak mengalah.Memek muka,kalau bercakap mesti muncungkan mulut,eyes-contact tak pandang orang,dan asyik gelak berlebihan.
Yang penting ialah,setiap remaja perlu menimba pengalaman hidup dgn masyarakat,berfikir tentang masalah dan cara penyelesaiannya,serta bergaul dgn orang tua yang berfikiran matang supaya tidak terbawak-bawak perangai budak2.Tak dinafikan ada orang tua pun berperangai kebudak-budakan,tapi kita generasi global perlu bijak menilai kreteria seseorang yang berfikiran matang.Insya'allah kita mampu membentuk masyarakat yang berfikiran matang.

No comments:

Post a Comment

Thanks To My Blog....Harap Sudi Singgah Lagi Di Blog Saya!!!TATA!!!