Sunday 2 June 2013

Aku Seorang Perempuan

Assalamualaikum..harini fyqa update blog yang bertajuk "Aku Seorang Perempuan" hope korang semua baca yerr :D

Aku ingin menjadi seperti khadijah dicintai suami, rasulullah, tidak pernah diduakan cintanya..aku ingin menjadi fatimah, anak yang dicintai oleh bapanya rasulullah dan dijamin untuk masuk ke syurga, aku ingin menjadi aisyah, yang dimana seorang suami boleh ajak bermain dengannya,

Aku adalah perempuan, wanita akhir zaman, yang hidup dalam dunia yang penuh pancaroba, yang penuh dengan tipu daya.. yang di mana imanku sentiasa turun naik..aku adalah perempuan yang biasa tidak berpurdah, tidak bertudung labuh bidang 60, tidak selalu berjubah atau memakai baju kurung bila keluar..

Aku hanya perempuan biasa, yang sentiasa dari hari ke hari cube untuk berubah menjadi seorang perempuan yang luar biasa...aku tidak ingin dilihat orang seorang yang wara',alim dan seangkatannya..kerana aku tidak mahu manusia menilai aku..aku hanya ingin Allah yang menilai aku..aku adalah perempuan yang tidak suka orang melihat aku membuat amal ibadah...

Aku bukanlah seorang perempuan yang gigih berdakwah...kerana aku lebih suka berdakwah pada diriku sendiri..kerana aku tahu bahawa masih lagi ade kelemahan dalam diri ini..aku tidak mahu dikatakan riak..ya aku punya caraku tersendiri..aku selesa dengan caraku ini..

Aku punya prinsip hidup..dan aku sentiasa berpegang pada prinsip hidupku..Allah dan Rasulullah tempat pertama dan kedua di hati ini..Aku tidak akan meletakkan suamiku nanti ditempat pertama..akan jatuh ditempat ketiga..kutahu untuk mencari redha Allah adalah dengan hadirnya redha seorang suami...aku ingin menjadi seperti mama, seorang yang patuh pada seorang suami..seorang isteri yang masih menjalankan tanggungjawab meski nyawanye sudahpun di hujung jari..seorang ibu yang mampu menjadi model terbaik untuk anaknya...

Aku ingin menjadi wanita yang paling bahagia di dunia mahupun di akhirat..aku ingin sentiasa dilihat ceria di mata manusia walau berwalang hati gundah gulana..biar Allah sahaja yang mampu mengetahuinya..

Buat lelaki diluar sana, maaf andai ada yang aku menolak kalian..kerana aku mencari seorang yang dimana melepasi syarat yang telah aku tetapkan..buat yang pernah menjadi seorang yang pernah aku cintai..aku mohon maaf kerana aku tidak mampu untuk menerimamu kembali..sekali kaki ini melangkah pergi..tidak akan kutoleh kebelakang..tolong hormati aku sebagai seorang perempuan..tolong hormati hati dan perasaanku..buat si dia yang sentiasa tidak luput dari mindaku...aku letakkan Allah sebagai pengantara untuk kita berdua..ambillah mase untukmu berfikir yang terbaik buatmu..aku yakin dengan janji Allah..aku redha dengan jawapanmu nanti..kita akan tetap menjadi sahabat andai jodoh bukan milik kita..

No comments:

Post a Comment

Thanks To My Blog....Harap Sudi Singgah Lagi Di Blog Saya!!!TATA!!!