Tuesday 29 May 2012

Solat itu tiang agama

Assalamualaikum,ari nieh afyqa updated pasal SOLAT ITU TIANG AGAMA..selamat membaca!
Marilah kita sama-sama bayang dan khayalkan, jika sesebuah rumah itu tidak mempunyai tiang, bagaimanakah kedudukan atap,lantai, dinding, kuda-kuda, rasuk dan sebagainya, tentulah semuanya itu berada dan terletak di atas tanah dalam keadaan berasingan, maka situasi seperti itu tentulah tidak dinamakan sebuah rumah dan biasanya keadaan demikian akan dikenali atas nama masing-masing walaupun terletak dan terkumpul di satu tempat, sekiranya ianya atap akan dikenali sebagai atap, rasuk akan dikenali sebagai kayu rasuk dan seumpamanya, tegasnya tidak sempurna sebagai sebuah rumah.

Demikianlah solat itu diibaratkan atau dibandingkan oleh Rasulullah.s.a.w. sebagai tiang agama (addin), sekiranya tiada solat atau kewajipan solat tidak ditunaikan, maka tiadalah agama (addin) bagi seseorang itu, semua ibadat yang lain akan menjadi tidak berguna, perkara yang membezakan di antara orang Islam dengan bukan Islam ialah solat.

Tiada tiang tiadalah rumah, tiada solat tiadalah agama (addin) atau tidaklah terdiri atau tertegak Islam-nya.

Di antara pengakuan kita dengan Allah yang diungkapkan di dalam solat;
Doa Iftitah
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidakmenyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam". 


Sejauh manakah kita telah merealisasikan pengakuan dan penyerahan tersebut, secermat manakah pula kita menjaga diri supaya tidak terlibat dengan perbuatan syirik (menyengutukan Allah), solat dan segala ibadat lain kita lakukan hanya kerana Allah dan untuk Allah, hidup dan mati juga kerana Allah dan untuk Allah. Demikianlah pengakuan kita setiap kali bersolat sebagai persediaan kita menghadapi akhirat di mana tempatnya kekal abadi. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan ujian, ianya hanya sementara dan sebentar jua.

Adakah setiap aktiviti harian yang dilakukan, kita akan mengambil kira pengakuan tersebut supaya kita sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan tidak melanggar perintah-Nya. Mengambil kira hukum haram halal dan memilih yang halal adalah suruhan dan perintah Allah, perkara ini seharusnya dibuat dengan cermat dan teliti agar hasilnya berbaloi.

______________________________________________

Rasulullah.s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Rasulullah.s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sembahyang itu tiang agama barang siapa mengerjakan solat dia pasti menegakkan agamanya dan barang siapa tidak sembahyang atau solat dia meruntuhkan, merobohkan dan menghancurkan agamanya."

Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud;
"Semua tempat adalah masjid kecuali kubur dan tempat mandian".
( Riwayat Imam Ahmad )


Sampai disini sajalah afiqah tulis :)Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Thanks To My Blog....Harap Sudi Singgah Lagi Di Blog Saya!!!TATA!!!