Tuesday 22 November 2011

SUARA HATIKU :')

aku sayang kau...

kau tahukan, aku memang sayangkan kau... walaupun mulanya kehadiran kau dalam fb, aku tak la perasan sangat... kita kenal melalui fb je... bukan pun satu syarat yang kukuh untuk aku mempercayai perasaan yang baru hadir ini... mulanya, aku hanya menganggap kau seperti kawan-kawan fb aku yg lain... yang selalu menghantar komen serta post di wall aku... tapi..... lama kelamaan, aku perasan kehadiran kau dalam dunia fb aku....

perhatian aku mula tertumpu pada kau juga selain teman-teman lain... kita mula rajin berbalas komen serta like status masing-masing... aku sudah mula memanjangkan langkah aku untuk menjejaki post-post yang kau kirimkan... entah kenapa aku jadi seperti ini?? perhatian aku jarang aku berikan kepada sesiapa sesetianya aku meneliti post dari kau... kadang-kadang aku mula tertanya-tanya kenapakah post kau berbunyi seperti kau di dalam kesusahan... entah lah... aku tak mengenali kau lagi... malah aku tak berani untuk menghantar message kepada kau... kenapa ya???

sudah hampir sebulan aku memerhatikan kau... aku mula tertanya-tanya, kenapa aku mula risaukan kau... kenapa aku telah memberikan perhatian aku kepada kau?? sedangkan ramai lagi kawan-kawan fb lain yg rapat dengan aku... tapi kenapa kau??? soalan ini sering bermain di fikiran aku... sehinggalah suatu hari aku memberanikan diri memessage kau... aku ingat mulanya kau akan abaikan message dari aku... tapi, tak  sangka.. kau membalas message aku... kita berbual panjang malam itu.. sungguh aku tak sangka...

hubungan kita semakin rapat.. aku tahu, ramai kawan-kawan fb aku yg mula memerhatikan kehadiran kau di komen serta post-post aku... malah kehadiran aku di wall kau juga sudah semakin kerap... aku anggap kau seperti kawan baik aku... kawan yang boleh mendengar masalah.. yang boleh berkongsi cerita... malah kau juga boleh aku percayai... kenapa aku perlu berikan kau kepercayaan ini??? aku pun masih tak boleh menjawap persoalan ini...

satu hari, kau memberitahu aku sesuatu berita... yang bakal menjauhkan lagi hubungan sahabat internet ini... tapi, bg aku, ia tak lah berbeza sangat.. sebab kita memang tak pernah berjumpa n tak pernah mengenali antara satu sama lain... semua atas talian sahaja... sedar tak sedar, aku tak pernah mengambil kisah siapa kau... apa yang kau buat... identiti kau yang sebenarnya.... apa niat kau berkawan dengan aku... dan macam-macam lagi... aku berkawan dengan kau tampa meletakkan apa-apa syarat... aku terima kau menjadi teman aku tampa aku mahu mengambil kira siapa yang aku kenali... kerana aku juga begitu....

beberapa hari kau senyap... tak on9... tak update status.. tak buat apa-apa.... aku rindukan kehadiran kau... aku tak tahu kenapa mesti perasaan rindu ini hadir buat kau... aku juga tak tahu kenapa harus kau.. beberapa hari lagi berlalu... aku sarat menanggung rindu.... semasa itu aku hanya berserah... jika kau ingat kepada aku atau teman-teman fb lain, pasti kau akan muncul.... aku hanya mendoakan yg terbaik buat kau... semoga kau selamat dan juga sihat hendaknya...

akhirnya, penantian aku berakhir... kau muncul juga.... aku benar-benar rindukan kau... kau penat melayan kerenah kawan-kawan kau yang bertanyakan kemanakah hilangnya kau selama beberapa hari.. aku hanya mampu memerhati tampa memberikan komen apa pun.. sebab aku tahu, kau juga perlukan masa untuk membalas setiap pertanyaan... aku lega.. kau sudah muncul... walaupun kau kata yang kau tak sihat, tapi aku tahu, kau masih waras.. kau masih boleh membuka fb untuk melihat apa yang terjadi....

apa yang aku nantikan sudah tiba... kau message aku... mengatakan yang kau merindui aku. ya... aku sangat gembira... saat itu aku menangis kegembiraan.. aku tak tahu kenapa aku harus mengalirkan air mataku.. adakah kerana kau juga merindui aku?? yang pasti aku benar-benar gembira ... kita berbual lama melepaskan rindu. ya ke??? entah lah, yg pasti aku lega sekali... kau hadir ketika aku benar-benar kerinduan.. mungkinkah aku mula menyanyanyi kau??? aku keliru.

satu hari, aku benar-benar yakin... kau dan aku memiliki satu rasa yang sama... aku takut... aku panik.... aku rasa, apa yang aku alami ini bukanlah rialiti.... ianya hanya fantasi... mainan fb sahaja.... lebih-lebih lagi kau dan aku tak pernah bertemu... tak mungkin hubungan ini akan berjaya.. tak mungkin.... aku mula mengelak dari menonjolkan perasaan aku pada kau.. aku mula menjauhkan diri aku pada kau... tapi, aku tahu aku tak mampu..... aku tak kuat untuk menahan diri aku dari melihat wall kau dan post-post kau... siksanya menanggung perasaan.. aku takut juga jika aku perasan sendiri!!!

rupa-rupanya, aku bukan bertepuk sebelah tangan.... akhirnya kau meluahkan juga perasaan kau... kau mengakui perasaan kau terhadap aku... yang kau sebenarnya sudah jatuh cinta kepada aku.... ya... aku betul-betul tak sangka kau nekad berterus terang.... aku sangat gembira..... terlalu gembira... tapi aku pendamkan sahaja semua perasaan ini... aku cuma meminta kau sabar... aku perlu berfikir... aku tahu kau kecewa dengan jawapan aku.. tapi hari itu, aku amat bahagia sekali... terlalu bahagia mungkin...

beberapa hari berlalu... aku berikan kau jawapannya.. aku nyatakan perasaan kita sama... tapi, aku tak katakan yang aku amat mencintai kau... kerana aku tak pasti sejauh mana kasih sayang aku tumpah untuk diri kau.... aku mula berfikir yang kau memahami maksud aku atau tidak... tapi melihat pada riaksi kau, aku tahu,kau memahami maksud hati aku... sejak itu kita mula berhubungan dengan lebih rapat... kau memessage aku tak kira waktu... kalau aku tak on9 kau akan message inbox aku walau pun di tengah pagi... ada saja benda yang kita bualkan... aku benar-benar gembira... terima kasih...

tapi... panas tak selalu sampai ke penghujung hari... baru setengah bulan hubungan kita, dugaan sudah mula menjengah... ramai yang tak berpuas hati dengan hubungan intim kita di fb... terutamanya kawan-kawan perempuan kau... aku faham, dan aku tak pernah pun meraakan cemburu jika kau berkawan dengan mereka... sebab aku tak mahu meletakkan apa-apa harapan pada hubungan kita.. aku takkan minta kau melakukaan apa yang kau tak suka.... fitnah mula melanda.. aku cuba bertahan walaupun hati ku bagai di robek-robek oleh pisau yang tumpul.... aku teruskan tersenyum bila berhadapan dengan kawan-kawan di wall serta komen-komen aku...

fitnah terus berlarutan... dari seorang ke seorang.... lama-lama aku sudah tidak tahan. aku sudah penat untuk bertahan. "i don't need any more surprise after this..." itulah kata-kata hati ku.... mulanya kau seperti tak melayan fitnah yang datang... tapi, bila ia saban hari dan saban waktu hadir, aku dan kau mula tertekan.. pergaduhan demi pergaduhan tercetus.. kadang-kadang aku tak faham.... inikah makna kepercayaan yang aku serahkan kepada kau??? inikah maknanya kau percayakan aku??? aku semakin keliru... perasaan sayang aku pada kau semakin bercambah.. tapi, kenapa keadaan kita semakin hari semakin menjauh... 

kau dah tak lagi mesra, tak lagi menghantar khabar... kau juga dah semakin menjauhkan diri dari aku... alasan kau juga sibuk... yaa... aku tahu... aku juga sibuk.. tapi entah lah. aku merasakan perasaan kau juga sibuk dan mula menjauh dari aku... aku sedih... tapi apa lagi yang mampu aku lakukan??? aku cuba mengikis perasaan aku pada kau dalam sedar tak sedar... aku mula melihat pada kenyataan... kerana sebelum ini aku terhanyut dengan perasaan aku....  

hubungan kita semakin menjauh....ya sudah semakin jauh... aku mula menerima kenyataan... kau bukan milik aku.. aku harus melupakan kau. betul lah apa yang orang selalu katakan pada aku, yang cinta tak semestinya memiliki... yang cinta tak seharusnya di paksa... yang juga namanya cinta akan berpatah balik kepada kita jika ia tetap milik kita... jadi aku cuba menerimanya... aku cuba mengabaikan perasaan serta bisikan hati aku... aku mahu dia gembira... aku mahu dia mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya... aku juga mahu dia memiliki kehidupan yang aman dan selesa... jadi, dengan cara aku mengundurkan diri ini mungkin dapat memuaskan hati banyak pihak juga sekaligus menenangkan dirinya..

sekarang, aku sedang berusaha.... aku tak tahu sejauh mana aku mampu berusaha... tapi aku cuba lakukannya... aku hendak lakukannya untuk dapatkan yang terbaik untuk kami bersama... entah kenapa aku harus lakukannya walaupun ia teralu perit untuk aku terima.... walau apa pun yang terjadi, aku tak mampu membenci kau... aku tak mampu menyingkirkan engkau.... yang aku mampu lakukan hanya membiarkan kau meneruskan hari-hari kau tampa kehadiran aku... semoga dengan berundurnya aku dari hidup kau, kau akan bahagia... kau akan gembira... dan kau juga akan teruskan kehidupan kau seperti sebelum kau mengenali aku....

tolong lah lepaskan aku jika kau juga rasa apa yang aku rasakan... aku tak mahu kau terikat... aku juga tak mahu aku terikat pada kau... aku mahu mencari hala hidup ku tampa kau di dalam ingatan aku.... aku mahu lepaskan kau... tolong lah bantu aku... aku mahu singkirkan kau dari dalam diari hati aku... bantu lah aku..... aku merayu... semoga akan datang aku tak lagi bersedih kerana kau... lepaskanlah aku......

No comments:

Post a Comment

Thanks To My Blog....Harap Sudi Singgah Lagi Di Blog Saya!!!TATA!!!